CARA PEMBIAKAN IKAN LAGA
Cara pembiakan ikan laga sangatlah senang dilakukan jika difahami dengan betul.Admin pada kali ini akan berkongsi cara pembiakan ikan laga..
1.Anda mestilah mempunyai dua ekor ikan laga seekor jantan dan seekor betina.Ikan laga anda mestilah matang.Ikan yang matang berumur 4bulan jika diberi makan secukupnya.
2.Langkah seterusnya anda meletakkan dua ekor ikan itu bertentangan di dalam bekas masing-masing untuk dikenal-kenalkan selama dua hari dan diberi makan seperti biasa.
3.Sediakan bekas pembiakan yang sederhana besar dan masukkan air tanpa klorin atau air masak dan letakkan satu keratan paip pvc T,cawan polisterin yang dibelah dua.
-Kegunaan PVC T adalah untuk ikan betina menyorok ketika jantan bertindak agresif
-Kegunaan cawan polisterin yang dibelah dua adalah untuk ikan jantan membuat sarang buih
4.Masukkan ikan jantan dahulu ke dalam bekas pembiakan tersebut dan dibiar sejam untuk menyesuaikan diri di dalam bekas baharu itu.Kemudian masukkan betina didalam bekas lain dan masukkan betina didalam bekas pembiakan itu dan dibiar 2-5 hari sehingga ikan jantan membuat sarang buih dibawah cawan polisterin itu.Untuk melancarkan lagi projek ini letakkan sekeping daun ketapang untuk meransangkan lagi ikan jantan.
5.Setelah sarang buih siap dibina lepaskan ikan betina bersama ikan jantan untuk mengawan.Semasa mengawan induk jantan dan betina akan membelitkan badan antara satu sama lain.Ikan jantan akan memusingkan badan ikan betina beberapa kali sehingga telur matang dikeluarkan dan serentak dengan itu ikan jantan mensenyawakannya.
6.Telur yang tersenyawa tenggelam kedasar tangki. Telur tersebut dipungut oleh ikan jantan dan dimasukkan kedalam sarang buih. buih yang rosak akan dibaiki oleh ikan jantan. Proses ini akan berulang-ulang dan mengambil masa 1 hingga 2 jam.
7. Selesai mengawan anda mestilah mengeluarkan ikan betina kerana ikan betina akan makan telur itu kerana ikan jantan yang menjaga telur itu.Semasa mengeluarkan ikan betina anda mestilah berhati-hati .
8.Setelah 24-38 jam telur itu akan menetas dan anak ikan laga (fry)akan berada dibawah sarang.Fry yang jatuh akan dipungut oleh ikan jantan dan dimasukkan semula kedalam sarang buih.
9.Apabila fry berumur 7hari dan sudah boleh berenang dengan stabil anda boleh mengeluarkan yang jantan untuk direhatkan.Anak ikan laga yang berumur 7 hari sudah boleh diberi makan.Makanan yang sesuai untuk anak ikan laga ialah artemia.Jika tiada Artemia anda boleh beri makan makanan biasa yang ditumbuk halus
PENTING ! ! !
-Apabila ikan laga itu dimasukkan sekali.ikan jantan akan mengejar betina dan mencederakan betina.Jika berlaku keluarkan semula betina dan masukkan di dalam bekas asal semula (dalam bekas pembiakan ) dan dibiar sejam kemudian masukkan semula bersama jantan untuk mengawan.
-Lakukan 'projek' ini pada awal pagi kerana pada waktu ini mereka tengah subur.
Jika anda tidah faham boleh bertanya di komen.
No comments:
Post a Comment